Mar 17, 2019

Tvet punyai kelebihan daripada aspek kebolehpasaran - Mukhriz

JITRA, 17 Mac (Bernama) -- Golongan muda disaran melihat kelebihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET) daripada aspek kebolehpasaran graduan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.
 

Beliau berkata, tanggapan sesetengah pihak bahawa TVET adalah bidang yang ‘terbelakang’ harus dikikis kerana graduannya terbukti sering mendapat tempat dalam industri terutama dalam era Revolusi Industri 4.0.
 

“Bidang TVET telah melalui anjakan paradigma ketika ini dan saya mengalu-alukan penglibatan pemain industri agar latihan yang dijalankan memenuhi kehendak industri pada hari ini.

Sumber: Bernama

#evolusibina #TVET

    18