Jun 24, 2019

Syarikat JV Handal Resources raih kontrak RM360 juta daripada Petronas Carigali

KUALA LUMPUR: Syarikat usaha sama, penyedia perkhidmatan luar pesisir bersepadu, Handal Resources Bhd, Borneo Seaoffshore-Handal JV meraih kontrak bernilai RM360 juta daripada Petronas Carigali Sdn Bhd.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu berkata nilai kontrak terbabit akan meningkat jika pilihan lanjutan tiga tahun dilaksanakan.

Tempoh utama kontrak itu bermula pada Mac 2020 dan dijangka siap pada Jun 2027.

Kontrak terbabit di bawah Pakej Empat membabitkan penyediaan bekalan modul suntikan air ke atas unit luar pesisir mudah alih untuk kemudahan suntikan air mudah alih – Pakej 4.

Pengarah Urusan Handal Resources, Sundeep Singh Dhaliwal, berkata susulan kontrak baharu itu, nilai perolehan kontrak syarikat terbabit akan meningkat kepada lebih RM950 juta. - BERNAMA

Sumber: Berita Harian

#evolusibina #Petronas

    12